Thursday, December 1, 2011

Telekung Jarang???

Ehem,sudah lama saya menyepi.Al-maklum la asyik travelling & memang tak jenguk langsung blog ni.Alhamdulillah,dalam masa menyepi,customer telekung tetap ada di seluruh pelusuk dunia.Inilah rezeki Allah yang Maha Luas..didatangkan rezekiNya dari arah yang tidak disangka-sangka.Subhanallah!!
Oh ya, cakap pasal telekung jarang ni, kita semua pasti dah biasa lihat macam-macam jenis telekung di luar sana kan? kat masjid & surau pun ada telekung pelbagai jenis..yang jenis biasa tentulah kain atau fabrik yang agak jarang.Ada masa,saya pakai telekung tu sampai dua lapis sebab kainnya yang jarang tu.Hm, ramai juga customer yang sukakan telekung brand Amirul ni sebab kainnya yang selesa dan ada pilihan satu lapis & dua lapis.Jadi,berkongsi cerita tentang kain telekung jarang..menurut Ustaz Azhar Idrus, telekung yang jarang hukumnya makruh.Tidaklah sampai tidak sah solat..melainkan jarang hingga nampak warna kulit.Kalau sekadar nampak bayangan bentuk tubuh,masih sah solat.lagipun bukan semua telekung satu lapis ni jarang,sudah banyak telekung di luar sana yang dibuat dengan kain yang kualiti baik & tidak jarang.cuma jika untuk lebih baik,anda boleh pilih untuk telekung dua lapis.Bagi yang ada telekung satu lapis yang biasa & agak jarang,anda boleh juga pakai tudung biasa di dalam.Apa yang penting, solat kita adalah yang terbaik..anda jaga solat,pasti jadi kesayangan Allah & Nabi.kan kan.. :)